Maklumat Penanaman Marigold Taishan

Maklumat Penanaman Marigold African Taishan
(Tagetes erecta)

PERCAMBAHAN
Media
Gunakan media yang kering, tidak berpenyakit dan tidak bertanah dengan pH 5.5 hingga 6.2 dan sukatan nutrien pendahuluan EC kurang dari 0.75 mmhos/cm dengan ekstrak 2:1.

Semaian
Saiz dulang anak benih – Biji benih boleh disemai pada dulang semaian dengan 200, 288 atau dulang denga saiz lubang yang sama.

Di bahagian barat utara Eropah – Taishan boleh disemai pada dulang plak dengan 480 atau 264 sel. Letakkan satu lapisan sederhana vermikulit di atas biji benih semasa semaian.

Percambahan mengambil masa lebih kurang 2 – 3 hari.

Suhu
20 - 22°C

Cahaya
Cahaya tidak diperlukan bagi percambahan

Kelembapan
Pastikan tanah adalah lembap (pada tahap 4) semasa peringkat 1

Kelembapan Tanah
Kekalkan 95 – 97% kelembapan relatif (RH) sehingga radikel dapat dilihat.


PENGHASILAN ANAK BENIH

Media
Gunakan media yang kering, tidak berpenyakit dan tidak bertanah dengan kadar pH 5.5 sehingga 6.2, dan sukatan nutrien pendahuluan EC kurang dari 0.75 mmhos/cm dengan ekstrak 2:1.

Semaian
Saiz dulang semaian – 200, 288 atau dulang dengan saiz lubang yang sama.

Di barat utara Eropah – Taishan boleh dihasilkan dalam dulang semaian dengan 480 atau 264 lubang. Letakkan satu lapisan sederhana vermikulit di atas biji benih semasa semaian.

Peringkat 1

  • Percambahan mengambil masa 2 – 3 hari
  • Suhu 20 - 22°C adalah diperlukan semasa percambahan
  • Cahaya adalah tidak diperlukan untuk percambahan
  • Pastikan tanah lembap (kadar 4) semasa Peringkat 1
  • Kekalkan 95 – 97% kelembapan relatif (RH) sehingga radikel dapat dilihat.

Peringkat 2

  • Suhu semasa siang - 21 - 24°C; Suhu semasa malam – 16 - 18°C
  • Cahaya boleh diterima sehingga 2,500 f.c. (26,900 Lux)
  • Kekalkan kelembapan media pada tahap sederhana (kadar 3) sehingga sederhana basah (kadar 4)
  • Letakkan baja dalam bentuk nitrat dengan kadar fosforus yang rendah pada kadar 1 (kurang dari 100 ppm N/kurang dari 0.7 mS/cm EC)

Peringkat 3

  • Suhu semasa siang - 21 - 24°C; Suhu semasa malam – 16 - 18°C
  • Cahaya boleh diterima sehingga 2,500 f.c. (26,900 Lux)
  • Kekalkan kelembapan media pada tahap sederhana basah (kadar 3)
  • Tingkatkan kadar baja ke peringkat 2 (100 – 175 ppm N/0.7 hingga 1.2 mS/cm EC
  • Pastikan pH pada media akan kekal pada 5.8 – 6.2 dan EC pada 0.7 – 1.0 mS/cm (ekstrak 1:2)

Peringkat 4

  • Suhu semasa siang - 18 - 21°C; Suhu semasa malam – 16 - 18°C
  • Cahaya boleh diterima sehingga 5,000 f.c. (53,800 Lux) jika suhu dapat dikekalkan
  • Kelembapan adalah sama seperti Peringkat 3
  • Baja adalah sama seperti Peringkat 3
  • ‘Growth Regulator’ – Pada lazimnya, growth regulator tidak diperlukan semasa penghasilan anak benih. Jangan pegang anak benih untuk masa yang lama – pindahkannya dengan segera.


PERTUMBUHAN SEHINGGA DEWASA

Saiz bekas
- Pek 306 & dataran 1801 - 1 tumbuhan untuk setiap lubang
- Pasu 10 – 11 cm – 1 tumbuhan untuk setiap pasu

Media
Gunakan media yang kering dan tidak berpenyakit dengan pH 5.8 hingga 6.5 dan nutrien pendahuluan yang sederhana.

Suhu
- Malam – 15 - 18°C
- Siang – 17 - 21°C
- Tumbuhan boleh hidup pada suhu sederhana dengan suhu minima  12°C      

Cahaya
Pastikan kadar cahaya adalah setinggi yang mungkin sementara suhu adalah dikawal.

Penyiraman
Kekalkan kelembapan media pada tahap optima (tidak terlalu kering atau basah)

Pembajaan
1 minggu selepas pemindahan, letakkan baja pada kadar 3 (175 – 225 ppm N/1.2 – 1.5 mS/cm) dengan menggunakan baja dalam bentuk nitrat dengan tahap fosforus yang rendah. Kekalkan EC media pada 1.50 – 2.00 mS/cm dan pH 6.2 – 6.5. Untuk program pembajaan yang konsisten, baja boleh diletakkan pada kadar 2 (100 – 175 ppm N/0.7 – 1.2 mS/cm) sambil memastikan tahap EC dan pH adalah lebih tinggi dari cadangan di atas.

Penggunaan “Growth Regulator”
Penggunaan “Growth Regulator” tidak diperlukan jika masa siang adalah pendek kerana tumbuhan akan tumbuh dengan lebih pendek. “Growth Regulator” boleh digunakan jika masa siang adalah panjang. B-9 / Alar (Daminozid) pada kadar 5,000 ppm (5.9 g/l dari formulasi 85% atau 7.8 g/l dari formulasi 64%) juga bertindak sebagai semburan “foliar” yang boleh mengawal pertumbuhan.

Di barat utara Eropah – B-9 / Alar (Daminozid) boleh digunakan pada kadar 1,300 – 2,000 ppm (1.6 – 2.4 g/l dari formulasi 85% atau 2 – 3.1 dari formulasi 64%)

Fotoperiod / Cahaya
Taishan akan berbunga dengan lebih pantas apabila masa siang adalah 12 jam atau kurang. Jika masa siang melebihi 12 jam, pembungaan akan mengambil masa tambahan sebanyak 10 hingga 14 hari.


JADUAL PERTUMBUHAN

Penyemaian --> Pemindahan
- Lebih kurang 3 minggu

Pemindahan --> Pembungaan
- 4 – 6 minggu (Musim Bunga), 6 – 7 minggu (Musim Panas)

Jumlah Masa Pertumbuhan
- 7 – 9 minggu (Musim Bunga), 9 – 10 minggu (Musim Panas)

Di barat utara Eropah – Jumlah masa pertumbuhan semasa awal musim sejuk boleh mengambil masa sehingga 11 minggu


MASALAH LAZIM

Serangga
- Semasa penghasilan anak benih – kutu daun
- Semasa pembungaan – thrips dan mites

Perhatian: Anda boleh merujuk fakta di sini sebagai permulaan. Jadual pertumbuhan bergantung kepada cuaca, lokasi, musim dan keadaan persekitaran rumah hijau. Bahan kimia dan penggunaan “growth regulator” hanyalah cadangan. Anda dinasihati supaya membaca and mengikut arahan label terkini untuk memastikan bahawa penggunaan bahan kimia tertentu adalah mengikut undang-undang yang berkenaan.


INFORMASI - PERTUMBUHAN SEBAGAI TANAMAN LANDSKAP

  • Taishan mempunyai akar yang kuat untuk pertumbuhan lanskap yang memuaskan
  • Taishan menghasilkan bunga yang besar dan dapat menampung penduaan.
  • Tumbuh di bawah cahaya matahari yang penuh
  • Jarakkan setiap tumbuhan pada lebih kurang 20 – 25 cm pada tanah yang mempunyai sistem pemparitan yang baik.
  • Boleh tumbuh sehingga ketinggian 25 – 30 cm